ASSALAMUALAIKUM 💕
Friday, October 30, 2020
Thursday, October 15, 2020
MENANG DALAM PERTARUNGAN PERASAAN - SA'AD BIN ABI WAQASH
ASSALAMUALAIKUM 💕
KENALI SA'AD ABI WAQASH
🌹 Masih muda remaja ketika menerima Islam
🌹 Memiliki jiwa yang lembut
🌹 Banyak berbakti dan amat mengasihi kedua ibu bapa terutama ibunya
🌹 Berketurunan mulia dan leluhur terhormat, Bani Zuhrah
🌹 Bapa saudara (sebelah ibu Rasulullah) dan sahabat Rasulullah
🌹 Ketika umurnya 17 tahun, beliau memiliki kematangan
dan kebijaksanaan orang dewasa dan berpengalaman
- giat memahirkan diri dengan penyediaan dan membaiki panah,
persiapkan diri dengan saat-saat genting.
- Tidak senang dengan situasi masyarakat yang rosak, mengharapkan satu
tangan yang dapat menyambar dan menyelamatkan daripada kegelapan
KEISLAMAN SAAD
Cerita Saad:
Tiga malam sebelum saya memeluk Islam, saya bermimpi saya lemas dalam kegelapan yang teramat sangat. Ketika terkapai-kapai dalam gelombang kepekatan, tiba-tiba cahaya bulan menyinari saya. Lalu saya mengikut cahaya tersebut. Saya lihat sekumpulan manusia di hadapan saya telah mendahului saya menuju ke arah bulan tersebut...
Saya melihat Zaid bin Haritsah, 'Ali bin Abi Tolib, Abu Bakar as-Siddiq...
Lalu saya bertanya, 'sejak bila kamu semua berada di sini?'
Jawab mereka, 'baru sekejap.'
Apabila siang menjelma, saya dapat berita bahawa Rasulullah menyeru manusia kepada Islam secara sembunyi. Saya tahu bahawa Allah menginginkan kebaikan untuk saya. Dia ingin mengeluarkan saya daripada kegelapan kepada cahaya dengan bantuan Baginda.
Tanpa berlengah, saya segera mencari Baginda s.a.w. Akhirnya saya bertemu Baginda di lorong Jiyad, sebuah lorong bukit di Mekah. Ketika itu Nabi s.a.w selesai mendirikan solat Asar. Lalu saya memeluk Islam. Tiada yang mendahului saya kecuali mereka yang saya lihat dalam mimpi sebelum ini..
----------------------------------------------
Apabila ibunya tahu bahawa Sa'ad sudah pun masuk Islam, ibunya sangat marah sampai ugut
untuk tak makan dan minum sampai mati. Sampai beberapa hari, badan ibunya jadi kurus, bongkok dan lemah longlai.Walaupun Sa'ad datang pujuk untuk makan, ibunya tetap berkeras.
Saad pun kata, "Wahai bonda, saya amat menyayangi bonda. Namun cinta saya kepada Allah dan Rasul-Nya lebih lagi berbanding sayang kepada bonda. Demi Allah jika bonda memiliki 1,000 nyawa dan ia keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan agama ini.
Melihat kesungguhan Sa'ad, ibunya pun mengalah. Dan Allah pun turunkan firman tentang kisah Sa'ad dan ibunya,
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(Luqman: 14-15)
Ayat al-Quran ni memang ada kisah yang unik dan menarik. Ia melibatkan pertarungan antara perasaan yang saling bertentangan dalam jiwa seorang pemuda mentah. Yelah, Allah kata kena berbuat baik pada ibu bapa tapi disambung dengan ayat 'jika mereka mendesak untuk mempersekutukan...' Ia merupakan kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan. Kejayaan iman menumpaskan kekufuran. Itulah yang Sa'ad Abi Waqash rasakan.
PERJUANGAN SA'AD YANG TERBILANG
🌠Ketika perang Badar, Sa'ad dan adiknya 'Umair ikut berperang. Umair masih lagi kanak-kanak yang baru meningkat dewasa. Bila Rasulullah periksa barisan tentera Islam, 'Umair bersembunyi di belakang tentera dewasa agar Rasulullah tidak melihatnya, sebab bimbang dikecualikan. Bila Rasulullah terpandang dan mengecualikannya, 'Umair menangis. Akhirnya Rasulullah membenarkannya.
Sa'ad rasa sangat gembira, dan kedua beradik ini berjihad di jalan Allah bersama-sama.
Tapi, 'Umair syahid dan Sa'ad pulang sendirian ke Madinah.
🌠Ketika perang Uhud, Sa'ad yang mempertahankan Rasulullah s.a.w, tak sampai pun sepuluh orang. Setiap kali memanah, setiap kali itu jugalah panahannya tepat dan membunuh tentera musyrikin.
Sehinggakan Rasulullah kata, 'Panahlah wahai Sa'ad... Panahlah... Allah menebus kamu dengan ayah dan ibuku.'
🌠Ketika perang Qadisiyah (semasa Khalifah Umar), Sa'ad dan tenteranya menumpaskan tentera Parsi ketika hari al-Harir (hari terakhir perang Qadisiyah). Tentera Islam peroleh limpahan harta rampasan perang. Tentera musuh yang mati lemas mencapai 30 ribu orang.
MENITI HARI AKHIR
Sa'ad meminta sehelai pakaian bulu yang lusuh. Katanya,
"Kafankan saya dengan pakaian ini. Kerana saya telah memakainya ketika bertempur dengan musyrikin ketika peperangan Badar... Oleh itu, saya juga ingin bertemu dengan Allah 'Azza wa jalla dengan pakaian tersebut."
Subscribe to:
Comments (Atom)









