ASSALAMUALAIKUM 💕
Malam ini rasa excited sangat bila dengar kisah Imam Nawawi yang tak pernah tahu dan rasa sangat
Ya Allah... hebatnya sosok ini. Sosok yang Allah bagi barakah sangat luar biasa, sangat banyak, sangat sangat sangat hebat!!!!
Terdetik dalam hati, ya Allah... cemburunya... kenapa aku tak boleh sehebat ini
masih lagi sentiasa kalah ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Jom kita start kenal dengan Imam Nawawi ni.
NAMA SEBENAR
Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf al-Hizami An-Nawawi
TAHUN KELAHIRAN
631 Hijrah
TAHUN KEMATIAN
676 Hijrah
so kiranya Imam Nawawi ni hidup 45 tahun saja, tapi dia punya hebat tu MasyaAllah!
Sejak kecil lagi beliau dah menunjukkan betapa dia bakal jadi figure yang
akan memenangkan Islam dan berfikir dari aspek lain tak sama macam kanak-kanak lain.
Ada seorang sejarawan ni, dia cerita sejak kecil lagi Imam Nawawi dah dapat tempat
yang special dalam hati dia. Kalau kita masa kecil dapat di tempat hati seseorang tu
cuma mak ayah dengan family jelah.
Bayangkan Imam Nawawi tu umur 8 tahun, kat Malaysia kira darjah dua la.
Darjah dua kita buat apa? Main lari-lari, main anak patung, panjat pokok,
makan comot, muka selekeh, dan sebagainya.
Tapi Imam Nawawi sejak kecil lagi walaupun baru 8 tahun,
dia selalu duduk, observe dan berfikir.
LAPAN TAHUN okey! 😢😢😢
Ceritanya macam ni,
budak-budak lain sedang sibuk main kejar-kejar, main lari-lari,
dia pun nak juga Imam Nawawi ni main sekali.
So macam-macamlah diorang buat supaya Imam Nawawi ni join sekali
Dia usik, dia tarik semata-mata nak Imam Nawawi ni main sekali dengan diorang.
Tapi apa Imam Nawawi buat?
Dia menjauhkan diri dari semua orang,
duduk di penjuru sambil lap air mata.
Waktu diceritakan scene ni, CN rasa sebak sangat
Kecil lagi budak ni, tak salah pun kalau nak main-main
Tapi dia punya reaction sampai menangis tu... alahai adikkk...
apa yang mengganggu fikiran adik sampai tak ada rasa langsung nak bermain?
Jadi sejarawan ni namanya Al-Marrakushi pun tanyalah.
"Kenapa tak main sekali?"
Straight je Imam Nawawi ni jawab sambil air mata yang belum kering.
"Tapi bukan perkara itu (bermain) jadi tujuan kita diciptakan."
Dush-dush-dush-dush-dush
Lapan tahun... Fikiran seolah ditarbiyah sekian lama....
Apatah lagi kita yang sudah bertahun di jalan ini, pasti kita boleh berbuat lebih bukan?
Sejak scene ni, Al-Marrakushi tahu yang Imam Nawawi akan jadi
manusia yang hebat bila dah besar nanti, insan yang akan bawa agama Allah sampai hujung nyawa.
Dia jumpa dengan ayah Imam Nawawi dan minta jagalah anak ini bebaik.
Ada lagi satu peristiwa best masa Imam Nawawi ni umur 7 tahun.
Masa ni malam yang ke-27 Ramadhan. Sewaktu 2/3 malam,
tanpa disangka... beliau nampak seolah ada cahaya kilat dari langit.
Terus dia kejut semua ahli keluarga dia ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Menurut kata ayahnya, "Imam Nawawi berjumpa Lailatul Qadr"
Ya Allah sucinya anak ini. Baru lapan tahun Allah bagi keistimewaan ni.
Imam Nawawi ni sangat cintakan ilmu dan suka mengajar.
Sejak 18 tahun dah start tulis buku. Beliau meninggal usia 45 tahun.
Buku yang dia tulis pun bukan cikai-cikai. Tebal-tebal, berjilid.
Ni nak menunjukkan betapa tingginya ilmu yang Imam Nawawi ni ada.
He had immense and tremendous piety *cakap Inggeris nak nampak betapa hebatnyanya beliau ni.
Imam Nawawi akan berpuasa setiap hari.
Setiap hari juga, dia ada 12 kelas. Setiap kelas satu jam, dan setiap kelasnya bermula,
dia akan ulang kaji satu jam.
12 kelas x 1 jam = 12 jam
12 jam + (1 jam ulangkaji x 12 kelas) = 24 jam!!!
Maksudnya setiap hari dia dia cuma belajar, belajar dan belajar!
Eh, kejap! Bila masa dia baca alquran, bila masa dia tidur, makan, tahajjud?
Inilah nak kata betapa luar biasa barakah yang Allah bagi pada beliau
Mustahillah dia belajar saja tanpa ada ibadah-ibadah khusus dan sunat yang lain.
Kalau tak dia sendiri tak akan jadi Imam dan Allah pun tak akan angkat dia sampai dikenali
sebagai orang yang mengumpulkan hadis-hadis 40 ni.
Kalau ayat English dia, He had tremendous barakah, tremendous blessing in his time.
Nanti boleh tengok video kat SINI
Kisah menarik dia lagi,
Sewaktu dia menerima tetamu. Diceritakan di tengah ruang tamunya memang dah tersedia
pinggan, siapa nak datang, datang jela.
Beliau sangat mengalu-alukan tetamu untuk datang dan belajar tapi tapi...
untuk yang datang tu, mereka kena tempuh sesuatu sebelum dapat betul-betul
dengar taujihat daripada Imam Nawawi ni.
Rumah dia terlampau banyak buku, tak ada tempat pun untuk duduk melainkan tempat untuk Imam Nawawi je. Bayangkan rumah kita dipenuhi kotak-kotak yang belum berkemas, mestilah kita pun rimas. Tapi nak buat macam mana kan... sebab terlalu banyak bukulah dia sendiri pun tak ada tempat lain nak letak. Orang dulu pun mana ada rak-rak buku.
So, orang yang nak datang pun dia kena pandai-pandai angkut buku yang ada dan letak kat tempat lain barulah dia boleh duduk 😂😂😂
Hebatkan tahap dia cintakan ilmu tu. Semakin dia belajar semakin dia rasa tak cukup
semakin dia cari lagi, sampaikan rumah dia sendiri pun dipenuhi buku yang sangat banyak.
Bezalah dengan diri sendiri, beli-beli buku tak menyempat langsung nak baca *kononnya
Imam Nawawi ni dah la setiap hari kelas pun ada 12. Hmmmm
Dikatakan juga,
bila tetamu dia datang dia akan bercakap sambil mengasah penselnya.
Nak tahu tak kenapa dia buat macam tu?
Sebab dia tak nak masa dia terbazir walau sedikit untuk belajar tu. Hukhuk.
So bila dia dah siap asah pensel tu, bila tetamu dah balik dia pun boleh je terus guna pensel tu
Nampak tak betapa dia tak nak buang masa langsung demi sebuah ilmu.
Dan banyak lagi kisah menarik dia, lagi-lagi bila dia berani tegur khalifah beberapa kali
Sampaikan khalifah tu sendiri memanglah dia terasa dan geram kan kena tegur direct
tapi khalifah tu tak berani buat apa-apa sebab dia teringat hadis yang Allah sendiri akan
isytiharkan perang kepada sesiapa yang memusuhi wali Allah.
Walaupun khalifah tu mungkin buat salah, dia still beriman juga dengan hadis tu kan
MasyaALLAH.... Nak tahu cerita lanjut pasal khalifah ni bolehlah tengok video yang CN dah bagi kat atas tu ya.
Sebenarnya banyak lagi cerita menarik dia.
Kalau nak dengar lagi dengan lebih lanjut, bolehlah tengok video yang sama tu
Best sangat. Tengoklah walau lama
Moga-moga dapat membangkitkan iman yang kian lesu.
Terjumpa video ni masa nak study hadis.
Tak sangka Allah jumpakan dengan video best ni. Dan seorang CN biasanya
malas sangat nak tengok video sebab macam tak tahan nak dengar orang cakap lama-lama
Tapi Allah gerakkan hati ini untuk duduk dan dengar kisah Imam Nawawi yang hebat ini
Kita mungkin tak perlu nak bandingkan pun pencapaian hidup dia dengan kehidupan kita
Sebab setiap orang ada fasanya tersendiri.
Tapi Allah bagi contoh orang-orang terdahulu ni untuk kita ikut dan lebih terasa tujuan hidup kita ni
Dah ada contoh yang berjaya, kita masih nak nafikan lagi ke?
Dari kecil, Imam Nawawi sangat sedar dengan tujuan hidup dia dan buat sebaik mungkin
untuk tujuan hidup dia dengan kepakaran dia iaitu memiliki ketinggian ilmu.
So, jomlah kita buat sehabis baik untuk bidang kita juga.
Kita mungkin tak mampu pun untuk ada 12 kelas sehari.
Tapi kita sendiri tahu apa yang kita buat setiap hari kita, dan mana tempat yang kita kena kurangkan
Cuma jangan terlalu meletakkan rukhsah dan ambillah 'azimah.
Supaya masa yang kita ada juga sentiasa barokah
Sentiasa cukup untuk buat semua benda sebab Allah bagi barokah. 😊
Wallahu'alam...
