Saturday, November 14, 2020

DENGAN NAMAMU AKU HIDUP - BISMIKA NAHYA


ASSALAMUALAIKUM 💕


Saya nak share satu buku yang best dari penulis Amru Khalid iaituuuuuuuuu....

Dengan NamaMu Aku Hidup atau Bahasa Arabnya Bismika Nahya 😃

Sesiapa yang ada buku ini, insyaAllah tak menyesal pun bila kita baca.

Mudah faham dan ada dalil untuk menguatkan lagi hujah.


Jadi, apa yang ada dalam buku ini?

Seperti namanya juga, tepat sekali dalam ni diceritakan tentang asma' Allah

Memang tak semua dibahaskan, tapi cukuplah dengan apa yang kita baca tu boleh

menambah kefahaman dan juga amal. Selebihnya, kitalah cari sendiri...

Mana tahu kita pun boleh buat buku juga dengan 99 Asma'ul Husna 😍💗


Sedikit Mukaddimah;


Ada pepatah mengatakan, "Apabila anda mengenal siapa yang memerintah,

maka segala perintah akan terasa ringan."

Selalu buat maksiat, tapi sebenarnya kita tak sedar pun kepada siapa kita tengah derhaka.

Semakin mengenal Allah, semakin dalam makrifat pada-Nya.

Semakin tulus kita berserah diri dan jiwa, kita pun semakin tegar terima ketetapanNya.

Semakin mengenal Allah, semakin bertambah cinta pada-Nya.

Semakin dalam tulus kita, maka semakin rela hati ini untuk berkorban demi Dia.


Bila kita dah ada ilmu dan faham, kita akan tahulah bahawa

setiap ayat mengandungi tema makrifat pada Allah. Kiranya kita boleh kaitkanlah

ayat ini untuk asma' Allah yang mana dan kita jelas nak praktikkan macam mana.


Ada beberapa kisah yang menarik, yang menunjukkan dengan fahamnya kita pada

makna Asma' Allah, kita tak akan tersimpang dari jalan yang benar insyaAllah...


1) Sahabat Rasulullah - 'Abdullah bin Hudzafah.


Suatu hari, beliau ditawan oleh kaisar Roma untuk dijatuhi hukuman mati.

Kaisar bertitah, "Jika engkau bersedia meninggalkan agamamu, nescaya aku akan berikan

kekayaan berlimpah padamu!"

'Abdullah menjawab, "Demi Allah, andai engkau berikan seluruh kekuasaan yang ada

di tanganmu padaku agar aku meninggalkan agama ini, sungguh aku tidak

akan meninggalkannya."

Kaisar cuba pujuk lagi tapi tak berjaya.

Kaisar mengugut beliau untuk membinasakannya. Tapi 'Abdullah sikit pun tak kisah.

Sang Kaisar memerintah, "Hujani tubuhnya dengan anak panah, dan jangan sampai

kalian membunuhnya, agar ia merasakan seksaan!"

Lepastu Kaisar tanya, "apakah engkau akan meninggalkan agamamu?"

"Tidak!" Jawabnya.

Lepas penat seksa 'Abdullah, Kaisar pun terfikir untuk seksa dua orang sahabat 'Abdullah pula.

Kedua-dua sahabat 'Abdullah dicampakkan ke dalam bejana berisi minyak yang mendidih.

Tapi 'Abdullah masih tak berubah keputusannya.

Bala tentera Kaisar menyeret 'Abdullah mendekati tungku dan tiba-tiba saja 'Abdullah nangis.

Kaisar pun rasa agak excited, merasakan bahawa harapannya bakal tertunai.

"Engkau menangis?"

"Benar."

"Itu bererti engkau bersedia meninggalkan kepercayaanmu."

"Tidak, demi Allah."

"Lalu mengapa engkau menangis?"

"Aku menyesal diriku ini hanya memiliki satu nyawa dan ia akan segera keluar dari jasadku.

Padahal aku berangan-angan memiliki nyawa sebanyak rambut di kepalaku, lalu ia keluar

meninggalkan jasadku satu per satu demi berjuang di jalan Allah."


Jika 'Abdullah tak tahu pun asma' Allah tentang al-Haqq (Yang Maha Benar),

mungkin dia pun tak sanggup berdepan dengan situasi macam ni dan terus mengalah.

Okey lagi bila diri sendiri kena seksa tapi bila orang lain pula yang kena seksa sebab kita,

mestilah kita akan rasa bersalah. Tapi 'Abdullah tahu, kebenaran itu perlu ditegakkan

walau pahit macam mana sekalipun. Benarnya Allah dengan janji-janjiNya.

'Abdullah hanya menunggu agar janji itu ditunaikan di syurga kelak,

sebab dia tahu dunia hanya sementara. Biarlah dia sakit sementara daripada selamanya.

Asma' lain yang boleh dikaitkan mungkin Al-Aziz (Yang Maha Perkasa)

'Abdullah tahu sehebat mana pun seksaan yang dia hadapi atau sekuat mana pun kuasa Kaisar tu,

tetap Allah paling perkasa dan kuat. Dan banyak lagilah asma' Allah yang boleh dikaitkan.


2) al-Khansa'

Sebelum mengenal Islam, beliau menangis dan meratap sampai suara tangisnya memenuhi

semenanjung Arab bila saudara lelakinya Shakhr meninggal dunia.

Tapi, bila masuk Islam... anak-anak lelakinya semua gugur syahid pun dia masih mengucapkan

"Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan menjadikan mereka sebagai syuhada!"

Nampak kan perbezaan apabila hati sudah mengenal Allah?

Bila dia mengenal Tuhan, al-Khansa' memiliki jiwa kepasrahan pada ketetapan dan redha takdir Allah.

Dia yakin dengan Asy-Syakur Allah, yakin dengan al-Wadud Allah....


Maka begitulah serba sedikit mukaddimah yang ada dalam buku ini.

Diharapkan semua orang dapat manfaat walau hanya dengan mukaddimah.


InsyaAllah, saya akan buat juga slot untuk setiap asma' Allah yang dibincangkan

dalam buku ini. Kalau nak baca, silakan ke TAB Dakwah dan Tarbiyah 😄💜


Wallahua'alam


Thursday, October 15, 2020

MENANG DALAM PERTARUNGAN PERASAAN - SA'AD BIN ABI WAQASH

 ASSALAMUALAIKUM 💕






KENALI SA'AD ABI WAQASH

🌹 Masih muda remaja ketika menerima Islam
🌹 Memiliki jiwa yang lembut
🌹 Banyak berbakti dan amat mengasihi kedua ibu bapa terutama ibunya
🌹 Berketurunan mulia dan leluhur terhormat, Bani Zuhrah
🌹 Bapa saudara (sebelah ibu Rasulullah) dan sahabat Rasulullah
🌹 Ketika umurnya 17 tahun, beliau memiliki kematangan 
dan kebijaksanaan orang dewasa dan berpengalaman 
- giat memahirkan diri dengan penyediaan dan membaiki panah, 
persiapkan diri dengan saat-saat genting.
- Tidak senang dengan situasi masyarakat yang rosak, mengharapkan satu
tangan yang dapat menyambar dan menyelamatkan daripada kegelapan



KEISLAMAN SAAD

Cerita Saad: 

Tiga malam sebelum saya memeluk Islam, saya bermimpi saya lemas dalam kegelapan yang teramat sangat. Ketika terkapai-kapai dalam gelombang kepekatan, tiba-tiba cahaya bulan menyinari saya. Lalu saya mengikut cahaya tersebut. Saya lihat sekumpulan manusia di hadapan saya telah mendahului saya menuju ke arah bulan tersebut...

Saya melihat Zaid bin Haritsah, 'Ali bin Abi Tolib, Abu Bakar as-Siddiq...

Lalu saya bertanya, 'sejak bila kamu semua berada di sini?'

Jawab mereka, 'baru sekejap.'

Apabila siang menjelma, saya dapat berita bahawa Rasulullah menyeru manusia kepada Islam secara sembunyi. Saya tahu bahawa Allah menginginkan kebaikan untuk saya. Dia ingin mengeluarkan saya daripada kegelapan kepada cahaya dengan bantuan Baginda.

Tanpa berlengah, saya segera mencari Baginda s.a.w. Akhirnya saya bertemu Baginda di lorong Jiyad, sebuah lorong bukit di Mekah. Ketika itu Nabi s.a.w selesai mendirikan solat Asar. Lalu saya memeluk Islam. Tiada yang mendahului saya kecuali mereka yang saya lihat dalam mimpi sebelum ini..


----------------------------------------------


Apabila ibunya tahu bahawa Sa'ad sudah pun masuk Islam, ibunya sangat marah sampai ugut
untuk tak makan dan minum sampai mati. Sampai beberapa hari, badan ibunya jadi kurus, bongkok dan lemah longlai.Walaupun Sa'ad datang pujuk untuk makan, ibunya tetap berkeras.

Saad pun kata, "Wahai bonda, saya amat menyayangi bonda. Namun cinta saya kepada Allah dan Rasul-Nya lebih lagi berbanding sayang kepada bonda. Demi Allah jika bonda memiliki 1,000 nyawa dan ia keluar satu demi satu, saya tetap tidak akan meninggalkan agama ini.

Melihat kesungguhan Sa'ad, ibunya pun mengalah. Dan Allah pun turunkan firman tentang kisah Sa'ad dan ibunya, 

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(Luqman: 14-15)

Ayat al-Quran ni memang ada kisah yang unik dan menarik. Ia melibatkan pertarungan antara perasaan yang saling bertentangan dalam jiwa seorang pemuda mentah. Yelah, Allah kata kena berbuat baik pada ibu bapa tapi disambung dengan ayat 'jika mereka mendesak untuk mempersekutukan...' Ia merupakan kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan. Kejayaan iman menumpaskan kekufuran. Itulah yang Sa'ad Abi Waqash rasakan.



PERJUANGAN SA'AD YANG TERBILANG

🌠 Ketika perang Badar, Sa'ad dan adiknya 'Umair ikut berperang. Umair masih lagi kanak-kanak yang baru meningkat dewasa. Bila Rasulullah periksa barisan tentera Islam, 'Umair bersembunyi di belakang tentera dewasa agar Rasulullah tidak melihatnya, sebab bimbang dikecualikan. Bila Rasulullah terpandang dan mengecualikannya, 'Umair menangis. Akhirnya Rasulullah membenarkannya.
Sa'ad rasa sangat gembira, dan kedua beradik ini berjihad di jalan Allah bersama-sama.
Tapi, 'Umair syahid dan Sa'ad pulang sendirian ke Madinah.
🌠 Ketika perang Uhud, Sa'ad yang mempertahankan Rasulullah s.a.w, tak sampai pun sepuluh orang. Setiap kali memanah, setiap kali itu jugalah panahannya tepat dan membunuh tentera musyrikin.
Sehinggakan Rasulullah kata, 'Panahlah wahai Sa'ad... Panahlah... Allah menebus kamu dengan ayah dan ibuku.'
🌠 Ketika perang Qadisiyah (semasa Khalifah Umar), Sa'ad dan tenteranya menumpaskan tentera Parsi ketika hari al-Harir (hari terakhir perang Qadisiyah). Tentera Islam peroleh limpahan harta rampasan perang. Tentera musuh yang mati lemas mencapai 30 ribu orang.



MENITI HARI AKHIR

Sa'ad meminta sehelai pakaian bulu yang lusuh. Katanya,

"Kafankan saya dengan pakaian ini. Kerana saya telah memakainya ketika bertempur dengan musyrikin ketika peperangan Badar... Oleh itu, saya juga ingin bertemu dengan Allah 'Azza wa jalla dengan pakaian tersebut."